Perak Hari Ini

“Aman Ahad” Terap Gaya Hidup Sihat

TAIPING: Majlis Sivil Taiping (MMST) bakal menganjurkan satu program yang dinamakan “Aman Ahad” pada setiap Ahad minggu pertama bertempat di Dataran Kedamaian Taman Tasik Taiping adalah bagi menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan orang awam.

Program  tersebut turut melibatkan kerjasama daripada Jabatan Penerangan, Jabatan Perpaduan, Jabatan Kesihatan, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Cawangan Negeri Perak, Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Her Excelency Michelle Mc Donnough, wakil dari Persatuan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) pada 21 September lalu.

Selain menerapkan gaya hidup sihat “Aman Ahad” juga bertujuan untuk mengurangkan penggunaan kenderaan dan memastikan Taman Tasik Taiping terpelihara daripada sebarang pencemaran.

Menerusi kenyataan akhbar yang diterima, empat tunggak peneraju utama program ini adalah Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Universiti Sains Malaysia (USM), Persatuan Pelancongan Taiping dan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkonsepkan kemasyarakatan dan kesukarelawan.

Antara aktiviti yang bakal diadakan seperti berjalan kaki, senamrobik,bola jarring persahabatan, bola sepak jalanan, berbasikal dan derma darah yang dijangka bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 10 pagi.

Pada 2 Ogos ini “Aman Ahad” turut menyediakan acara senaman aerobik anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang (PPD LMS) yang dijangka melibatkan seramai 1,000 orang murid dari seluruh daerah Larut Matang dan Selama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");