Berita Hari Ini

Ambil tindakan jika tuduhan tidak benar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengambil tindakan undang-undang sekiranya tuduhan dan dakwaan tersebut tidak benar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ia bagi memastikan kepimpinan kerajaan bebas daripada pandangan kurang baik di kalangan masyarakat dalam negara dan antarabangsa.

“Saya juga bimbang terhadap pendedahan dan juga dakwaan oleh The Wall Street Journal (WSJ) kepada perdana menteri yang juga menteri kewangan negara.

“Perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan imej dan juga kredibiliti Najib sebagai perdana menteri, selari dengan dasar keterbukaan dan akauntabiliti kerajaan dalam mentadbir urus negara,” katanya menerusi sebuah kenyataan hari ini.

Portal The Wall Street Journal (WSJ) pada Khamis lalu melaporkan pihak yang melakukan siasatan terhadap dana dan urusniaga 1MDB percaya bahawa pengaliran dana 1MDB berakhir ke dalam akaun Najib.

Penyiasat didakwa mengeluarkan kenyataan terbabit selepas mengeluarkan laporan berkenaan berdasarkan dokumen dari siasatan kerajaan yang diperoleh dari akhbar kewangan antarabangsa dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report.

Beliau dalam pada itu meminta rakyat supaya bertenang dan tidak mudah membuat sebarang spekulasi berhubung dakwaan yang dikemukakan terhadap Najib.

“Saya yakin pendekatan siasatan secara menyeluruh oleh badan-badan berwajib dan bebas pasti dapat membuktikan kebenaran dan dalam masa yang sama dapat mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kewibawaan kerajaan,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");