Perak Hari Ini

Ambulan Terbabas, Dua Cedera

KUALA KANGSAR: Dua jururawat cedera dalam sebuah kemalangan yang melibatkan sebuah ambulan di Kilometer 256.7 arah selatan, pagi tadi.

Menurut sumber, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar telah menerima panggilan daripada orang awam pada jam 9.19 pagi tadi.

Katanya lagi, sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati sebuah ambulan dari Hospital Lenggong telah terbabas di bahu jalan.

“Pihak bomba juga mendapati terdapat dua jururawat telah cedera akibat daripada kemalangan tersebut.

“Pasukan bomba kemudiannya membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa itu,” katanya.

IMG-20150710-WA0012

Menurut sumber, seorang daripada mereka hanya cedera ringan manakala seorang lagi patah di bahagian kaki.

Kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan susulan,

Operasi yang diketuai oleh PBK II Che Zainal Ahmad Takin tamat pada jam 9.49 pagi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");