Isu Panas

AMK kesal masih ada yang pertahan Najib

SHAH ALAM – Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini melahirkan rasa kesal ke atas kedegilan beberapa pemimpin kerajaan mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tindakan yang dibuat seolah-olah menolak laporan pendedahan terhadap isu dana badan pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Najib.

“Kami kecewa dan dukacita dengan kedegilan pimpinan muda tertentu,terutamanya Khairy Jamaluddin (Menteri Sukan dan Belia) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan(Menteri Kesejahteraan Bandar Dan Perumahan Dan Kerajaan Tempatan), yang bermati-matian mempertahankan Najib berkaitan tuduhan Wall Street Journal bahawa RM2.67 bilion telah disalurkan ke akaun-akaun Perdana Menteri.

“… Reaksi mereka yang bulat-bulat menolak pendedahan tersebut. Nampak lebih aneh lagi apabila pimpinan yang lebih kanan seperti Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dengan tenang dan lebih logik menggesa agar isu ini disiasat secara serius,” katanya menerusi sebuah kenyataan hari ini.

Dakwaan oleh media antarabangsa, Wall Street Journal terhadap Perdana Menteri tidak boleh diterima kerana ia tidak disertakan dengan dokumen dan bukti yang kukuh, kata Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno pada Jumaat lalu.

Manakala Abdul Rahman pula pada hari yang sama; melahirkan rasa terkejutnya dengan laporan tersebut selain mengkritik laporan itu.

“Nampaknya tindakan Khairy dan Rahman Dahlan menggambarkan bahawa mereka lebih khuatir tentang kedudukan politik mereka dan bukannya maslahat rakyat.

“Reputasi mereka kononnya “terbuka”, namun jelas mereka bukanlah jenis pimpinan bagi disandarkan harapan oleh anak-anak muda yang mahukan perubahan,” bidas Nik Nazmi lagi.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");