Membawang Hari Ini

Amyza Aznan Nyaris Letak Bancuhan Daun Kari Ke Badan Anak

KUALA LUMPUR: Pelakon Amyza Aznan nyaris meletakkan daun kari yang digiling ke badan anak bongsunya iaitu Ayden Andika Khairil Izhar, berusia lapan bulan, yang mengalami sakit demam campak.

Amyza, 38, berkata, dia sepatutnya membeli daun bambu untuk mengurangkan ruam di badan anaknya itu di sebuah kedai runcit, namun peniaga tersebut telah memberikan daun kari.

“Ibu saya kata, daun bambu elok untuk penyakit demam campak. Maka saya pun ke kedai dan meminta seorang peniaga kedai itu, tetapi dia beri saya daun kari.

“Memandangkan saya pun ‘bijak pandai’ tidak tahu yang mana satu daun bambu dan kari, maka saya pun menggilingnya. Mujurlah ia tidak sempat diletakkan ke badan anak apabila ibu menegur kesilapan saya itu.

“Tak tahulah apa jadinya jika saya benar-benar letak daun kari di badan Ayden. Lagi teruk jadi pula,” katanya kepada mStar Online.

Menurut pelakon yang pernah popular menerusi drama Mat Despatch itu, sudah hampir seminggu anaknya mengalami demam campak dan dia risau sekiranya ia tidak surut sebelum sambutan Aidilfitri pada minggu depan.

Sementara itu, Amyza kini sedang merancang untuk turut mengikut jejak rakan-rakan artis lain dengan menubuhkan jenama fesyen miliknya tidak lama lagi.

Dia akan tampil dengan beberapa rekaan skirt, sesuai untuk digayakan di mana-mana majlis.

“InsyaAllah, saya akan muncul dengan label saya sendiri menghasilkan skirt. Ia masih lagi dalam perancangan, InsyaAllah moga ianya menjadi,” ujarnya.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");