Panasnya Hari Ini

Anak Mahathir Miliki Koleksi Kereta Bernilai RM36.2 Juta?

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menjelaskan kekayaan yang dimiliki oleh anak beliau, Tan Sri Mokhzani dalam tempoh yang singkat sehingga boleh memiliki koleksi kereta mewah yang dianggarkan bernilai RM36.2 juta.

Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, kedua-dua mereka perlu tampil menjelaskan sumber kewangan yang dimiliki oleh Mokhzani kerana ianya dilihat di luar kemampuan sebenar.

“Dr Mahathir perlu tampil memperjelas tentang dana modal anaknya. Malah, Mokhzani juga perlu tampil menjelaskan segera,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Dakwa Azwanddin, Mokhzani memiliki 18 koleksi kereta pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM36.2 juta.

Beliau berkata, beliau hanya mendedahkan tentang kereta yang dimiliki oleh Mokhzani, dan itu tidak termasuk aset yang lain.

“Saya belum dedahkan lagi kekayaan anak-anak Dr Mahathir yang lain termasuk Mukhiz (Menteri Besar Kedah),”katanya.

Beliau turut mengulas tentang sikap mantan Perdana Menteri itu yang lantang mengkritik kelemahan orang lain sedangkan beliau tidak mengkritik ahli keluarganya sendiri.

“Sebelum ini beliau pernah berkata, ‘saya tidak ada duit’…tapi apakah kekayaan anaknya ini menunjukkan keluarganya tidak berduit?

“Dr Mahathir sentiasa menuduh dan bercakap keburukan orang lain tetapi beliau sendiri mempunyai masalah sendiri. Lupa nak tegur keluarga sendiri,”ujarnya.

Beliau turut bersedia untuk disaman oleh Mahathir dan Mokhzani sekiranya pendedahan yang dibuatnya tidak benar.

“Jika pendedahan ini tidak benar, saya silakan untuk saman saya secara terbuka dan saya yakin beliau tidak berani saman saya sebab saya ada bukti jelas,”katanya.

Beliau turut meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta pihak polis untuk menyiasat kekayaan yang dimiliki oleh Mokhzani dalam tempoh yang singkat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");