Jenayah

‘Anak tak tahu ayah sudah tiada’

TAMPIN – “Ibu rindu abah ya… nanti abah baliklah kerja…” Demikian pujukan si kecil, Farah Najiha Mohd Fuaad, 4, apabila melihat ibunya, Siti Khalijah Musa, 29, menangis tidak henti-henti di kediaman mereka di Gemencheh, di sini, malam kelmarin.

Menurut Siti Khalijah, ketika umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, dia menerima berita mengejutkan apabila suaminya, Koperal Mohd Fuaad Mohd Tap, 32, ditemui tidak sedarkan diri di bilik bujang, Kem Syed Sirajudin Gemas oleh rakan sekerja, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa segera dikejarkan ke Hospital Tentera Darat Kem Syed Sirajudin Gemas dan disahkan telah meninggal dunia.

Siti Khalijah berkata, anak kecil itu masih tidak faham ayahnya kini sudah meninggal dunia, malah dia menganggap ‘ketiadaan’ ayahnya di rumah adalah atas urusan kerja.

“Kali terakhir saya bertemu suami tengah hari sebelum kejadian dan dia memberitahu akan pulang segera kerana hanya menjalani latihan kawalan suku bagi program keesokan harinya.

“Mengikut perancangan, hari ini sepatutnya kami akan membeli baju raya anak-anak setelah suami pulang dari kerja. Bagaimanapun, saya sangat terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian suami,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pekarangan bilik mayat Hospital Tampin, di sini, semalam.

Tambah Siti Khalijah, suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun kerap kelihatan murung selepas pulang dari kampungnya di Kuala Ketil, Kedah awal Ramadan lalu kerana bimbang ibunya di Kulai, Johor, berkecil hati.

Siti Khalijah yang kini mengandung tiga bulan memberitahu, mengikut perancangan, pada tahun ini mereka sekeluarga akan beraya di kampung suami di Kulai, Johor.

“Suami tidak mempunyai sebarang penyakit kronik walaupun mempunyai keturunan asma, namun sekiranya tidak sihat suami kerap mengadu sakit di bahagian dadanya,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");