Laporan Eksklusif, Panasnya Hari Ini

Anifah Patut Berasa Malu – Mahathir

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman patut berasa malu dengan laporan-laporan yang dilaporkan oleh media luar negara sebelum mencela beliau.

Mahathir berkata, nama Malaysia telah diburukkan oleh media asing sebelum beliau lantang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Mungkin Anifah tidak pernah baca suratkhabar Amerika sebelum usaha untuk memburukkan nama saya dijadikan asas mempertahankan Perdana Menteri.

“Akhbar terkenal Washington, New York dan London telah menyiarkan rencana panjang berkenaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Najib dengan cara hidup mewahnya, Jho Low sahabat karibnya dan Riza Aziz, anak tirinya yang membiayai filem lucah ‘The Wolf of Wall Street’,” katanya.

Mahathir berkata demikian melalui catatan terbaharu di blog beliau, chedet.cc, hari ini.

Ujar Mahathir lagi, Anifah sepatutnya berasa malu sewaktu akhbar-akhbar luar melaporkan berita dan skandal tersebut.

“Dia (Anifah) sepatutnya menyoal Datuk Seri Najib akan skandal berkenaan dan laporan akhbar asing.

“Dia sepatutnya menasihati Perdana Menteri supaya tidak bersahabat dengan Jho Low dan melarang anak tirinya daripada berlagak sebagai hartawan kaya,” tegasnya lagi.

Tambah beliau lagi, jika di luar Negara, seseorang pemimpin itu akan memohon maaf dan meletakkan jawatan sekiranya mereka terlibat dengan sebarang skandal, tetapi berbeza dengan Malaysia.

“Di Malaysia, ada orang yang mempertahankan pemimpin tanpa sebab, hanya kerana keselamatan jawatan,” ujarnya.

Mahathir turut berkata, individu yang bertanggungjawab memalukan negara sebenarnya adalah Perdana Menteri dengan isu 1MDB.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");