Sukan Hari Ini

Arsenal sanggup labur RM105j beli Benzema

ARSENAL dilaporkan sedia membelanjakan RM105 juta untuk mendapatkan khidmat Karim Benzema dari Real Madrid selepas kelab gergasi Sepanyol itu dilaporkan bersedia untuk melepaskan penyerang itu.

Selepas berjaya mendapatkan khidmat penjaga gol Chelsea, Petr Cech, pengurus Arsenal Arsene Wenger dikatakan berhasrat untuk membawa lebih ramai lagi penyerang berbisa ke Emirates.

Laporan The Metro di Sepanyol mendakwa bayaran perpindahan RM105 juta itu sudah mencukupi untuk mendapatkan khidmat Benzema.

Benzema menjaringkan 22 gol bersama Real pada musim lalu.

Terdahulu, Cech bersetuju menyertai Arsenal selepas bertikam lidah dengan pengurus Chelsea, Jose Mourinho.

Cech menyertai The Gunners dengan perjanjian bernilai RM58.9 juta.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");