Membawang Hari Ini

Aswara lancar Pawagam Jalan Ampas

BARU-BARU ini, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) melancarkan sebuah pawagam diberi nama Pawagam Jalan Ampas yang terletak di bangunan baharu Aswara.

Majlis perasmian pawagam berkenaan disempurnakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut Rektor Aswara, Profesor Dr Hatta Azad Khan, pelancaran pawagam tersebut bertujuan memartabatkan serta menjulang nama seni perfileman negara.

“Pawagam dengan 130 kerusi ini dinaik taraf bagi menyamai pawagam komersial di industri. Standardnya menyamai pawagam milik TGV, GSC dan MBO.

“Ia setaraf dan setara daripada segi sistem bunyinya, sistem pencahayaan serta sistem projeksinya,” jelasnya.

Mengulas lanjut kehebatan pawagam tersebut, ia turut mempunyai ciri-ciri resolusi 4K, 7.1 surround sound dan digital cinema package (DCP) menggunakan sistem hard drive untuk mengawal dan mengelakkan aktiviti cetak rompak.

Kata Dr Hatta, pawagam itu akan membuat tayangan pada hari Isnin sehingga Khamis, bermula jam 12.45 tengah hari.

“Apa yang menarik, tayangan ini terbuka kepada semua pelajar, staf dan orang awam secara percuma. Menerusi cara ini, saya yakin ia dapat membantu meningkatkan jumlah kutipan filem tempatan,” katanya.

Dr Hatta juga berharap agar pawagam ini dimasukkan ke dalam senarai pawagam Skim Wajib Tayang filem tempatan. “Ia bertujuan membolehkan pawagam ini membuat tayangan perdana filem-filem baharu,” ujarnya.

Pada masa sama, kewujudan pawagam Jalan Ampas ini beri peluang kepada pelajar di dalam jurusan Pengurusan Seni dan Budaya untuk mengurus pawagam tersebut di bawah pemantauan kakitangan Aswara.

Naik taraf ke universiti

Sementara itu, Datuk Seri Mohamed Nazri berkata, Aswara antara institusi terbaik yang mampu meningkatkan lagi usaha penggiat seni filem negara dalam memartabatkan industri filem tempatan.

“Dek kerana itu, saya turut mencadangkan Aswara dinaik taraf sebagai sebuah universiti selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di dalam pembentangan RMK-11 pada 21 Mei 2015,” katanya.

Tambahnya, sebagai sebuah universiti, Aswara turut dicadang diberi nama Universiti P Ramlee sebagai sebuah universiti yang akan memberi suntikan dan nafas baharu kepada seni kreatif negara serta memartabatkan industri kreatif tempatan ke peringkat yang lebih berprestij-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");