Membawang Hari Ini

Aznil Bantu Belikan Pakaian Raya Buat Anak-Anak Terbiar

SUBANG JAYA: Pengacara Datuk Aznil Nawawi menggesa orang ramai supaya tidak memandang serong terhadap golongan anak-anak fitrah iaitu kanak-kanak jalanan yang terbiar.

Aznil, 53, berkata, mereka merupakan golongan kanak-kanak yang sering terlepas pandang oleh masyarakat pada masa kini.

“Selalunya golongan seperti anak-anak yatim, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas sering diberi perhatian tetapi anak-anak seperti ini masyarakat sering terlepas pandang.

“Masyarakat harus beri peluang dan tidak asingkan mereka kerana siapa tahu suatu hari nanti golongan seperti ini mampu untuk berjaya,” katanya kepada mStar Online.

Aznil ditemui ketika menemani seramai 135 kanak-kanak berkenaan membeli-belah pakaian Hari Raya yang dikenali ‘Rayakan Anak Fitrah’, di Mydin Wholesale Hypermarket USJ, Subang Jaya, di sini pada Isnin.

Anak Fitrah merupakan golongan kanak-kanak terbiar, kanak-kanak lorong gelap, kanak-kanak yatim piatu dan anak yang lahir tanpa dokumen yang dibantu kerajaan.

Aznil 2

Kasih sayang Aznil untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Kanak-kanak berkenaan dari Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih(SBJK), Jalan Raja Muda Aziz, Kuala Lumpur yang mendapat bantuan pakaian sempena Hari Raya.

Bantuan kepada mereka diberikan Aznil dan juga alumni sekolah berkenaan.

Dalam pada itu, Aznil berkata, dia amat tersentuh dengan kesusahan yang dihadapi oleh kanak-kanak itu.

Tambah Aznil, sekolah SBJK merupakan tapak asal sekolahnya dulu iaitu Princes Road School (PRS) menyebabkan dia bersama rakan-rakan alumni yang lain tampil untuk memberi bantuan kepada mereka.

“Mereka adalah saksi kepada pembangunan pesat kota Kuala Lumpur namun tidak dapat merasa pembanggunan itu jadi kami dari rakan-rakan alumni dan Mydin tampil untuk mengumpul dana memberi bantuan kelengkapan Hari Raya kepada mereka.

“Saya berharap agar pihak di luar sana dapat tampil memberi bantuan kepada mereka dan saya sendiri dengan rela hati akan menjadi sebagai seorang ikon kepada sekolah itu,” katanya.

Dalam pada itu menurut salah seorang kanak-kanak berkenaan iaitu Ilham Zulaihan, 10, dia amat bersyukur dengan bantuan kelengkapan Hari Raya yang diberikan.

Tambahnya, baju raya yang diberikan itu merupakan pakaian rayanya yang pertama kerana sebelum ini dia tidak dapat merasai memakai pakaian baru.

“Seronok kerana mendapat pakaian raya pada tahun ini kerana sebelum ini saya tidak pernah membeli pakaian Hari Raya kerana masalah kewangan,” katanya.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");