Sukan Hari Ini
Like

Badminton raih gangsa

July 9, 2015
54 Views
0 Comments
44 seconds read
Badminton raih gangsa

TIADA kejutan daripada skuad badminton campuran negara dalam saingan separuh akhir temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) apabila mudah ditumbangkan Korea Selatan 0-3 semalam.

Bagaimanapun skuad ini masih boleh tersenyum kerana layak menerima pingat gangsa selepas melangkah ke separuh akhir.

Beregu lelaki negara, Low Juan Shen-Jagdish Singh gagal menyaingi kehebatan gandingan Kim Gijung-Kim Sarang apabila tewas 22-20, 21-18.

Perseorangan wanita, Sylvia Kavita Kumares juga tunduk 21-4, 21-7 sebelum perseorangan Korea, Jeon Hyeokjin mengesahkan slot final milik mereka setelah mengalahkan pemain kebangsaan, Mohd Arif Ab Latif 21-16, 21-18.-sinar harian

Komen & Pendapat

Leave a Reply