Jenayah

Bas terbalik: Tujuh penumpang selamat

KUALA LUMPUR – Tujuh penumpang bas ekspres dari Bukit Beruntung dekat sini, terselamat apabila bas yang dinaiki mereka itu terbalik di Kilometer 432 Lebuhraya Plus menghala ke Selatan, malam tadi.

Pegawai Bomba Kanan Dua Kuala Kubu Baharu, Razi Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira 8.35 malam itu, bas ekspres itu dipercayai dalam perjalanan menuju ke Rawang, sebelum terbabas dan terbalik.

“Kesemua penumpang berjaya menyelamatkan diri. Kebanyakan mereka hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata sembilan anggota Bomba dan Penyelamat dari Kuala Kubu Baharu dikejarkan ke lokasi kejadian dan kesemua penumpang kini berada dalam keadaan stabil. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");