Sukan Hari Ini

Beregu campuran intai kejuaraan Terbuka Rusia

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying kini mengintai peluang untuk merangkul kejuaraan badminton Grand Prix Terbuka Rusia selepas melangkah ke suku akhir, semalam.

Gandingan utama negara itu bagaimanapun terpaksa bekerja keras hingga ke set ketiga sebelum menundukkan beregu tuan rumah, Anatoliy Yartsev- Evgeniya Kosetskaya 21-11,17-21, 21-12 dalam aksi yang memakan masa 41 minit.

Liu Ying ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, pa­ling penting pada waktu ini ialah menampilkan aksi konsisten bagi membolehkan mereka mencipta kemenangan dan mencongak peluang mencari kejuaraan.

Katanya, saingan suku akhir juga bukan mudah kerana gandingan tuan rumah, Rodion Alimov-Alina Davletova berjaya mengejutkan pilihan utama Phillip Chew-Jamie Subandhi dari Amerika Syarikat semalam.

“Memang kami tidak pernah bertemu pasangan ini, jadi sukar untuk dijangka tambahan pula mereka berjaya menyingkirkan pilihan utama, jadi kami perlu berhati-hati.

“Sekiranya kami dapat bermain dalam keadaan normal se­perti biasa, kami boleh menang,” katanya.

Cabaran Malaysia di Rusia turut diteruskan oleh pemain perseorangan kedua , Chong Wei Feng dan bekas juara remaja dunia, Zulfadli Zulkiffli.

Beregu lelaki utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong turut mara bersama bekas beregu No.1 negara, Tan Boon Heong-Koo Kien Kiat dan Hoon Thien How-Lim Khim Wah.

– http://www.utusan.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");