Membawang Hari Ini

‘Berlakon bukan jiwa saya’

Memulakan kerjaya seni sebagai penyanyi, Awi Rafael mengakui jiwanya lebih ke arah bidang itu walaupun ditawarkan berlakon.

Awi yang membuat kemunculan sulung melalui sebuah telefilem berjudul Member Superstar Balik Raya yang disiarkan pada hari raya baru-baru ini mengakui, menjadi pelakon bukanlah dirinya.

Walaupun hanya memegang watak sampingan dia berasakan dirinya tidak sesuai menjadi pelakon.

“Ramai orang mengambil peluang mencuba apa jua bidang yang diberi. Ada yang menjadi penyanyi kemudian berlakon terus ligat. Namun ia tidak pada saya. Apabila membabitkan diri dalam dunia lakonan terasa lain macam pula. Mungkin juga kerana darah muzik yang lebih banyak mempengaruhi minat saya dalam bidang seni.

“Ditambah pula saya semakin sibuk menghasilkan lagu untuk ramai artis menyebabkan saya rasa lebih selesa menghasilkan lagu saja. Pengalaman kali pertama berlakon dalam telefilem Member Superstar Balik Raya rasanya akan terus menjadi lakonan yang terakhir bagi saya. Sukar rasanya untuk saya menerapkan rasa cinta terhadap lakonan.

“Saya berlakon kerana suka-suka saja lagipun watak yang diberikan menjadi diri sendiri. Justeru, cukuplah saya memberi fokus pada nyanyian dan menulis lagu saja,” katanya.

Mempunyai syarikat produksi sendiri yang diberi nama Runaway Productions, Awi yang mempunyai anak didik, Girls Republik, mengakui terpaksa menyimpan lama kumpulan itu berikutan masa yang tidak sesuai.

“Kewujudan mereka sudah lama, namun masa yang tidak mengizinkan menyebabkan kumpulan ini tersimpan saja. Pun begitu saya tidak menghalang untuk mana-mana ahli aktif melakukan perkara lain seperti berlakon.

“Saya sentiasa menyokong apa yang mereka lakukan dan saya bangga dengan perkembangan seni mereka dalam bidang lain,” katanya.

Antara lagu yang sudah siapkan untuk Ayai Ilusi berkonsepkan ketuhanan dan lagu tema Suamiku Jatuh Dari Langit nyanyian Atikah Suhaime.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");