Perak Hari Ini

BNBBC Perak Gesa Jejak Individu Bocorkan Maklumat Siasatan

IPOH: Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Perak menggesa pihak berkuasa segera bagi menjejaki dan mendakwa individu atau pihak yang telah bertindak membocorkan maklumat sulit berkaitan siasatan yang sedang dijalankan.

Pengerusinya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu segera menjejaki individu yang tidak bertanggungjawab itu bagi menjaga integriti siasatan yang sedang dijalankan.

BNBBC Perak katanya turut menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara, Tan Seri Abdul Gani Patail supaya tindakan tegas dikenakan terhadap individu atau syarikat yang mendedahkan hasil siasatan yang sedang dilakukan.

“BNBBC Perak menyokong penuh kenyataan Peguam Negara dan menggesa tindakan segera diambil oleh ketiga-tiga agensi terbabit bagi menjaga integriti yang sedang dijalankan.

“Perbuatan membocorkan maklumat seumpama itu amat serius…tambahan lagi ianya disalurkan kepada pihak luar Negara dengan niat menjatuhkan sebuah kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat secara demokrasi,”katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Katanya lagi, individu yang membocorkan maklumat tersebut boleh dianggap sebagai dalang dan pengkhianat Negara kerana terlibat dalam satu konspirasi untuk menjatuhkan Negara.

“Individu yang membocorkan maklumat itu boleh dianggap sebagai dalang dan pengkhianat kerana terlibat dalam satu konspirasi di peringkat antarabangsa untuk meranapkan kerajaan sesebuah Negara dan juga mensabotaj siasatan yang sedang dijalankan.

“Sehubungan itu, PDRM, BNM dan SPRM perlu membekalkan maklumat secukupnya kepada Peguam Negara supaya individu terbabit boleh didakwa secepat mungkin,”katanya.

Terdahulu, Peguam Negara berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mendakwa mana-mana individu yang bertindak membocorkan maklumat siasatan tersebut.

“Mereka yang melakukan kesalahan tersebut boleh didakwa dibawah Seksyen 1333 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Seksyen 145 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk mana-mana individu yang mempunyai akses pada dokumen siasatan atau maklumat berhubung hal ehwal akaun pelanggan,” katanya.

Katanya lagi, individu berkenaan juga boleh didakwa di bawah Seksyen 203 A Kanun Keseksaan untuk mana-mana individu yang menzahirkan sebarang maklumat yang diperolehnya semasa melaksanakan tugas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");