Sukan Hari Ini

Calon tempatan

Kuala Lumpur: Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Ow Soon Kooi mengesahkan rombakan besar akan dilakukan ke atas barisan kejurulatihan membabitkan semua pasukan dengan calon tempatan akan diberi keutamaan mengendalikan skuad senior.

Jelas Soon Kooi, rombakan itu akan dilakukan selepas pihaknya mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai cadangan untuk melantik Terry Walsh sebagai Pengarah Teknikal kerana di luar bidang kuasanya.

“Sebagai bekas pemain, saya rasa lebih baik untuk kita menggunakan khidmat jurulatih tempatan.

“Sebab bagi saya, nama-nama seperti (Muhammad) Dhaarma Raj Abdullah, Stephen (van Huizen), (Tai) Beng Hai juga mempunyai kualiti membimbing pasukan negara.

“Lagipun kami di MHC mahu membina asas kukuh untuk tenaga jurulatih tempatan. Tapi mereka juga perlukan sokongan dan kerjasama setiap pemain negara.

“Soal Walsh, itu antara Presiden (Datuk Seri Subahan Kamal) serta MSN (Majlis Sukan Negara),” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Soon Kooi mengesahkan beliau sudah bertemu dengan Dhaarma untuk membincangkan perkara itu semalam.

Menerusi laporan Arena Metro semalam, Dhaarma berkata, beliau sedia untuk mengadakan perbincangan dengan MHC sekiranya benar badan induk itu memerlukan khidmatnya kembali.

Bagaimanapun, bekas ketua jurulatih skuad negara itu mahu MHC menerima beberapa syarat dikemukakan sekiranya dilantik semula supaya masalah dialaminya dulu tidak berulang.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");