Sukan Hari Ini

Capoue perkuat Watford

London: Kelab pendatang baru Liga Perdana, Watford memecah yuran perpindahan mereka selepas membeli pemain tengah Perancis, Etienne Capoue dari Tottenham Hotspur, umum kelab itu kelmarin.

Hornets berjaya mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Perancis itu dengan kontrak empat tahun selepas dia hanya melakukan 24 penampilan liga di White Hart Lane sejak tiba pada 2013.

“Saya amat teruja untuk hadir menyertai kelab ini dan terbabit dalam projek besar ini,” kata pemain Perancis itu, yang genap 27 tahun minggu ini.

“Saya mengenali (penjaga gol) Heurelho Gomes selama dua tahun dan dia memberitahu saya banyak perkara bagus mengenai kelab dan ini antara sebab saya memilih Watford.

“Bagi saya ia satu peluang untuk beraksi. Saya perlu beraksi dan membuktikan kualiti saya di padang dan saya fikir Watford perkara terbaik buat saya.”

Watford, yang naik liga musim lalu selepas berakhir sebagai naib juara Liga Kejuaraan di belakang Bournemouth, menyatakan mereka memecah rekod kelab dengan pembelian Capoue namun tidak mendedahkan bayaran sebenar.

Penyerang Nathan Ellington memegang rekod terdahulu kelab itu apabila Hornets membayar £3.25 juta (RM19 juta) kepada West Brom lapan tahun lalu.
– AFP

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");