Sukan Hari Ini

Chelsea tetap berkeras mahu beli John Stones dari Everton

LONDON: Chelsea bakal menawarkan bidaan baharu kepada pemain Everton, John Stones, selepas tawaran kedua bernilai STG26 juta (RM154.7 juta) ditolak.

Namun usaha pasukan bimbingan Jose Mourinho itu berdepan cabaran, apabila Manchester City turut menyertai mereka untuk mendapatkan tandatangan pertahanan England itu.

Begitupun, skuad The Blues dilihat lebih berpeluang cerah untuk membawa masuk pemain ini.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menawarkan sebanyak STG20 juta (RM119 juta) untuk membeli pemain itu dua minggu lalu, membuat bidaan baharu berkenaan pada Selasa.

Begitupun, Everton terus berkeras tidak mahu menjual pemain berusia 21 tahun berkenaan. – AGENSI

– http://www.bharian.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");