Sukan Hari Ini

Dalang jadi batu api

Kuala Lumpur: Selepas berdiam diri seketika, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Rosman Mohd Ibrahim (gambar) akhirnya bingkas bangkit mempertahankan kepimpinan badan induk berkenaan dengan mendakwa wujud beberapa individu yang disifatkan sebagai ‘dalang’ kepada kemelut yang sedang melanda ketika ini.

Dalang yang merasakan diri mereka tidak lagi mempunyai suara atau kuasa di dalam pasukan, menggunakan kelab penyokong, Ultras Selangor (UltraSel) sebagai jambatan untuk mencapai cita-cita mereka iaitu mengkucar-kacirkan keharmonian di dalam skuad Red Giants.

“Sebenarnya, tidak ada apa-apa perkara buruk seperti yang dihebohkan itu. Tidak ada pergeseran antara Mehmet (Durakovic) dengan penolongnya, P Maniam. Semuanya berada dalam keadaan biasa dan baik.

“Kami mendapat tahu, semua kemelut ini adalah ‘permainan’ beberapa individu yang kecewa. Saya tidak tahu apa sebenarnya motif mereka cuma apa yang boleh saya katakan ialah jika perkara ini berterusan, ia boleh mengundang pelbagai kemusnahan.

“Bagaimanapun, kami di peringkat kepimpinan secara dasarnya sudah mengenal pasti individu yang menjadi dalang ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Jika kami sudah mengumpul bukti yang kukuh dan mencukupi, tindakan termasuk mengheret individu berkenaan ke Jawatankuasa Tatatertib FAS akan dijalankan.

“Justeru, jangan ingat anda (dalang) boleh terlepas. Kami tidak rela keharmonian yang sedang dinikmati pasukan, terjejas dengan perbuatan anda. Seperti dimaklumkan Mehmet kepada kami, pemain tidak ada masalah dan mereka menjalani latihan seperti biasa dan mereka adalah seperti keluarga besar,” kata Rosman sambil menambah beliau hanya melaksanakan arahan yang dikeluarkan Jawatankuasa Tetap FAS.

Reaksi penentangan terhadap Rosman khususnya serta FAS amnya dapat dilihat dengan ketara ketika aksi Liga Super menentang pendahulu liga, Pahang di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Sebelum perlawanan yang menyaksikan gergasi Lembah Klang itu tumbang 1-3 di tangan Tok Gajah, segelintir penyokong meluahkan rasa tidak puas hati mereka menerusi laman sosial yang masing-masing menuntut Rosman meletakkan jawatannya selain mendakwa wujudnya pertikaian antara Durakovic dengan Maniam.

Kekalahan itu mengakibatkan Selangor kini menduduki tangga keempat liga tetapi kapten pasukan Muhammad Shahrom Kalam menafikan wujudnya kemelut seperti di dakwa.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");