Panasnya Hari Ini
Like

DAP Persoal Sikap ‘Lepas Tanggungjawab’ Polis

July 1, 2015
50 Views
0 Comments
2 minutes read
DAP Persoal Sikap ‘Lepas Tanggungjawab’ Polis

KUALA LUMPUR: DAP pada hari ini mempersoalkan tindakan pihak polis yang diibaratkan ‘melepaskan tanggungjawab’ mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu pembelian hartanah di Australia oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kim Wee dalam satu kenyataannya hari ini, telah mempersoalkan adakah ianya menjadi satu amalan biasa oleh pihak polis untuk melepaskan tanggungjawab mereka kepada agensi yang lain.

“Rakyat Malaysia kini tertanya-tanya, memandangkan kes itu menunjukkan kepentingan yang jelas kerana berjuta-juta ringgit mungkin telah disalurkan kepada agensi kerajaan seperti MARA.

“Adakah ianya menjadi satu amalan biasa yang diamalkan oleh Polis DiRaja Malaysia untuk melepaskan tanggungjawab mereka kepada agensi yang lain?” soalnya, memetik laporan Malaysian Insider.

Kata Pua lagi, beliau tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa pihak polis tidak menyiasat perkara tersebut.

“Rakyat Malaysia tidak faham mengapa Ketua Polis Negara boleh bersikap santai tentang isu jenayah dan rasuah yang berlaku dalam institusi kerajaan kita ,”katanya lagi.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Seri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sedang menunggu keputusan daripada SPRM sama ada terdapat unsur pecah amanah atau tidak dalam isu tersebut.

Memetik laporan daripada Malaysian Insider lagi, polis Malaysia dikritik kerana lambat bertindak untuk menangani masalah skandal MARA, sebaliknya polis Australia dilihat lebih cekap mengambil tindakan untuk menjalankan serbuan dalam masa dua hari.

MARA didakwa telah membeli beberapa hartanah di Melbourne dengan harga yang jauh melebihi daripada harga pasaran.

Salah seorang yang terlibat dalam proses jual beli itu juga didakwa terlibat dalam sogokan beberapa pegawai kanan MARA dalam pembelian yang dilakukan pada 2013.

Bagaimanapun, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal telah mempertahankan pembelian tersebut dan menegaskan bahawa MARA telah mematuhi dan mengikut prosedur jual beli yang betul.

Komen & Pendapat

Leave a Reply