Panasnya Hari Ini

Dedah Isi Kandungan Perjanjian Penstrukturan Air Selangor

KUALA LUMPUR: Penyelaras Bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor, Khairoll Anuar Almegat mendesak supaya kerajaan Selangor mendedahkan isi kandungan perjanjian penstrukturan semula industri air dengan kerajaan Pusat.

Katanya, isi kandungan perjanjian itu penting untuk pengetahuan rakyat kerana rakyat Selangor mungkin telah ditipu dengan satu pembohongan terancang.

“Dengan termeterainya perjanjian ini, telah menjadi bukti bahawa selama ini rakyat Selangor telah dijaja dengan satu pembohongan terancang.

“Rakyat Selangor pasti masih belum lupa bagaimana isu pembinaan Loji Langat 2 dikatakan tidak diperlukan tetapi hari ini perkara sebaliknya berlaku,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Katanya lagi, pengumuman perjanjian itu sedikit pelik walaupun rakyat menyambut baik perjanjian tersebut kerana ianya mampu untuk menyelesaikan masalah air di sekitar Lembah Klang.

“Sebelum ini, Tan Seri Khalid Ibrahim, bekas Menteri Besar dikatakan sebagai tunduk kepada Barisan Nasional apabila berkeras mahu melaksanakan projek Langat 2 dan penstrukturan air ini.

“Khalid telah dipecat dan digulingkan atas tuduhan memperdagangkan dirinya kepada taikun belaan Barisan Nasional termasuklah projek Langat 2 ini. Oleh itu, SAMM Selangor ingin mendapatkan penjelasan, apakah bezanya antara perjanjian Langat 2 Khalid dengan Langat 2 Azmin (Mohamad Azmin Ali)?

“Adakah Azmin juga telah menjual dirinya kepada Taikun UMNO/BN,”soalnya.

Terdahulu, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor telah menandatangani Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Utama air, semalam yang telah memberi lanjutan 60 hari kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan pengambil alihan syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan Puncak Niaga Sdn Bhd.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");