Jenayah

Dicekup curi Milo, tin laici

KUANTAN – Cubaan seorang lelaki mencuri lima paket minuman Milo bersama dua tin laici dari sebuah pasar raya gagal apabila dia ditahan sejurus keluar dari premis dalam sebuah pusat membeli-belah di sini, kelmarin.

Tindak-tanduk mencurigakan suspek disedari pengawal keselamatan bertugas sebelum dia bertindak menahannya untuk pemeriksaan selepas mendapati lelaki itu tidak membuat bayaran terhadap barang yang diambil.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, suspek berusia 53 tahun beralamat di Jalan Bukit Ubi di sini ditahan bersama barang rampasan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.

“Hasil ujian saringan air kencing turut mendapati lelaki itu positif dadah jenis amphetamine,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki yang tersenarai sebagai individu dikehendaki polis ditahan hasil pemeriksaan anggota URB Balai Polis Beserah. di persimpangan lampu isyarat Kampung Selamat, kelmarin.

Dalam rondaan kira-kira jam 9 malam itu, anggota terlibat terserempak dengan suspek menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan untuk pemeriksaan.

“Semakan ke atas rekod suspek berusia 33 tahun itu mendapati dia masih dikehendaki berkait laporan polis Machang Bubuk di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");