Jenayah

Dituduh Cederakan Adik

JOHOR BAHRU: Akibat pertikaian, sepasang suami dan isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan mencederakan adik mereka dua bulan lepas.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh, pekerja kawalan kualiti, M Vaerakkanuh, 41 dan surirumah, K Umah Devi, 38 yang kedua-duanya dari Taman Scientex Pasir Gudang, di sini, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan tersebut dibacakan dihadapan Majistret Mohd Azlan Shah Allias.

Mengikut pertuduhan mereka didakwa mendatangkan kecederaan ke atas adik Vaerakkanuh, Parumamam, 38 di kawasan tempat letak kereta, Jalan Suria 2, Bandar Seri Alam, di sini, lebih kurang jam 2 petang pada 10 Mei lalu.

Untuk kesalahan berkenaan mereka didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama tempoh boleh sampai setahun atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Fithril Hakim Ab Jalil manakala, kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Kamala Gopal dari Vijaya Gopal & Associated.

Fithril Hakim menawarkan RM3,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh, tetapi Mohd Azlan Shah kemudiannya menetapkan mereka diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh dan tarikh 25 Ogos depan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen berkaitan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");