Jenayah

Dua warga asing terima padah

JURU- Bukan sahaja sanggup membahayakan diri menunggang tanpa lesen sah, malah motosikal yang dinaiki juga tamat cukai jalan, demikian antara kesalahan dilakukan seorang penunggang motosikal ketika ditahan dalam Op Khas Motosikal di Plaza Tol Juru, semalam.

Turut memeranjatkan penunggang motosikal terbabit bersama rakannya adalah warga asing dan kesalahan itu menyebabkan motosikal yang mereka naiki disita anggota penguatkuasa.

Operasi besar-besaran yang dilakukan kira-kira jam 8.30 malam dan berakhir sekitar jam 12 tengah malam itu melibatkan 100 penguatkuasa terdiri daripada anggota serta pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Puspakom.

Pengarah JPJ negeri, Datuk Hassan Yacob berkata, sebanyak 123 motosikal diperiksa dalam operasi berkenaan.

“Operasi ini dijalankan serentak di seluruh negara dan turut melibatkan beberapa agensi yang lain.

“Kita letakkan anggota JPJ di setiap 30 kilometer jalan utama negeri dan dan kawasan rehat lebuh raya, Op Motosikal serentak di seluruh negara, pemeriksa bas di depoh serta pemeriksaan bas di terminal,” katanya.

Sementara itu, pihaknya turut kesal berikutan kebanyakan pengusaha bas ekspres tidak memberikan kerjasama.

“Di negeri ini terdapat hampir 30 pengusaha bas ekspres, namun ketika perjumpaan diadakan hanya dua pengusaha yang datang dan sikap ini amat kita kesali.

“Sikap degil segelintir pengusaha bas itu boleh mengundang risiko kepada penumpang kerana banyak kesalahan jalan raya dilakukan pemandu bas ekspres yang boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");