Sukan Hari Ini

Eddy terlepas gangsa

Kegagalan Eddy Chew (gambar) meraih mata yang lebih tinggi berbanding penembak Korea Selatan Jang Halim pada bidikan terakhir membawa padah apabila sekadar menduduki tempat keempat sekali gus terlepas peluang untuk meraih sekurang-kurangnya gangsa dalam acara 10 meter Air Pistol individu.

Eddy sekadar mengumpul 156.7 mata berbanding lawan yang mendapat 157.2 mata sekali gus mengiringi penembak China dan Mongolia ke peringkat seterusnya di Lapangan Menembak Naju Jeollanamdo.

“Saya agak tertekan kerana keinginan untuk menang sudah lama terpendam. Beberapa kejohanan sebelum ini, saya sekadar meraih kedudukan keempat.

“Jadi saya rasa seolah-olah tidak sabar. Memang kecewa dengan kegagalan ini namun dari aspek positif adalah skuad menembak berjaya mara sehingga ke pusingan akhir buat kali pertama sejak Universiade 2009 di Thailand,” katanya.

Katanya, pengalaman dan pendedahan yang dimiliki lawan memainkan peranan besar namun yakin mampu meraih pingat pada edisi seterusnya pada 2017.

“Contohnya penembak China (Wang Zhiwei) menyertai setiap kejohanan Piala Dunia sedangkan saya hanya sekali saja bersaing tahun ini,” jelasnya.

Turut mara ke pusingan akhir adalah Jonathan Wong namun sekadar menamatkan saingan pada kedudukan keenam.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");