Jenayah

Elak pergi selatan Thai

Kangar: Orang ramai terutama mereka yang kerap berurusan di negara jiran dinasihatkan mengelak daripada berkunjung ke selatan Thailand atas faktor keselamatan berikutan kejadian letupan bom yang mengorbankan tiga nyawa dan dua cedera parah di pekan Padang Besar, Thailand, kelmarin.

Ketua Polis Perlis Senior Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, mereka yang gemar berkunjung ke negara jiran untuk membeli barangan atau keperluan lain perlu menghentikan seketika aktiviti terbabit kerana dibimbangi berlaku kejadian tidak diingini.

“Jika tidak ada perkara mustahak, elakkan daripada berkunjung ke kawasan selatan Thailand (Padang Besar) demi keselamatan.

“Kebanyakan barang atau keperluan yang ada di selatan Thailand masih boleh dibeli di sebelah kita, jadi beli di sini saja,”? katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau diminta mengulas kejadian letupan bom di hadapan pusat karaoke di pekan Padang Besar, Thailand menyebabkan tiga wanita terbunuh manakala dua lagi cedera parah jam 9.30 malam, kelmarin.

Dua mangsa terbunuh di tempat kejadian termasuk pemilik karaoke berusia 43 tahun manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Hatyai, semalam.

Shafie berkata, mereka yang terpaksa berkunjung ke selatan Thailand dinasihatkan menjauhi kawasan tumpuan ramai khususnya tempat hiburan.

“Berdasarkan insiden letupan semalam (kelmarin) dan beberapa kejadian sebelum ini, pusat hiburan antara tempat yang dijadikan sasaran penyerang.

“Oleh itu, jika anda perlu ke sana (selatan Thailand), pastikan tidak berada berdekatan kawasan seperti ini,”? katanya.

Menurutnya, berikutan insiden berkenaan, polis mengambil langkah berjaga-jaga dan mempertingkatkan kawalan keselamatan terutama di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");