Sukan Hari Ini

EPL: Spurs jual pertahanannya kepada Napoli

LONDON: Tottenham Hotspur mengesahkan semalam, pertahanan pasukan itu dari Romania, Vlad Chiriches sudah menyertai kelab Itali, Napoli.

Chiriches berpindah ke White Hart Lane pada 2013 daripada Steaua Bucharest, namun gagal untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Berikutan itu, pengendali pasukan Mauricio Pochettino membenarkan dia untuk berpindah ke kelab Serie A itu pada harga dilaporkan berjumlah STG4.5 juta (RM26.8 juta)

“Kami sudah mencapai persetujuan dengan Napoli bagi perpindahan Vlad Chiriches. Kami mengucapkan selamat berjaya kepada beliau,” menurut kenyataan Tottenham menerusi laman web kelab itu.

Chiriches hanya membuat 43 penampilan sepanjang dua musim bersama kelab itu.

Tindakan Pochettino membeli pemain Atletico Madrid, Toby Alderweireld pada pra musim, tambah meletakkan kedudukan pemain dalam keadaan sukar untuk merebut tempat kesebelasan utama pada musim baharu. – AFP

-http://www.bharian.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");