Membawang Hari Ini

Foto bercumbu itu bukan saya: Abam

KUALA LUMPUR: Artis Komedi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014, Abam Bocey menafikan foto lelaki berbadan gempal bercumbu dengan seorang wanita yang tersebar di internet adalah dirinya.

“Itu memang bukan saya. Ia memang fitnah. Janganlah sewenang sewenangnya menuduh itu dan ini. “Saya pun kurang pasti apa motif cerita itu dibuat.

Tapi saya tak perlu cerita murahan sebegini untuk popular,” katanya kepada BH Online.

Dalam hal lain, Abam sebelum ini memang tidak menafikan sedang mengenali seseorang sejak setahun lalu. Namun pelawak comel itu enggan terlalu mendedahkan siapa gerangan gadis itu.

“Kalau ada jodoh panjang, saya mahu memperisterikannya. Tapi semua itu masih dalam perbincangan,” katanya.

– http://www.bharian.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");