Panasnya Hari Ini

Gempar Iklan Papar Gambar Haiwan Seakan ‘Babi’ Bersongkok

KUALA LUMPUR: Negara hari ini digemparkan dengan penyebaran gambar papan iklan elektronik yang memaparkan imej haiwan seakan ‘babi’ berpakaian baju melayu dan bersongkok dengan ucapan Selamat Hari Raya.

Imej berkenaan juga dapat dilihat melalui penyebaran video yang berdurasi 16 saat yang mana memaparkan gambar haiwan berkenaan diselangi dengan beberapa gambar lain.

Menurut sumber, iklan tersebut telah terpapar di papan iklan elekronik atau billboard digital yang dipercayai terletak di sekitar kawasan Bukit Bintang.

Ia mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat berikutan ianya seakan menyentuh sensitiviti keagamaan di negara ini.

Gambar iklan yang juga memaparkan nama sebuah syarikat iaitu SERVCORP dipercayai telah dipaparkan di 28 papan iklan elektronik di sekitar kawasan tersebut.

Namun begitu, apabila diamati secara dekat, ianya merupakan seekor haiwan yang dikenali sebagai wombat yang telah dijadikan maskot bagi syarikat SERVCORP dari Australia.

Wombat merupakan seekor haiwan herbivor berkaki pendek yang hanya makan rumput, tumbuh-tumbuhan serta akar dan ianya boleh ditemui di Australia.

Sumber berkata lagi, pihak yang berwajib telah berusaha untuk menghubungi pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menghentikan paparan gambar tersebut sehingga siasatan penuh dilakukan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");