Panasnya Hari Ini
Like

Guan Eng Desak Najib Jawab Tuduhan WSJ dan Sarawak Report

July 3, 2015
46 Views
0 Comments
1 minute read
Guan Eng Desak Najib Jawab Tuduhan WSJ dan Sarawak Report

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak agar Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sekiranya beliau gagal menjawab dakwaan dibuat oleh Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report berjumlah berbilion ringgit disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri itu.

Memetik sumber TheMalaysianinsider, beliau meminta supaya Najib berundur susulan pendedahan serius yang dilakukan oleh akhbar perniagaan dan laman web berkenaan.

“Saya tak pernah minta beliau meletak jawatan. Kami harap beliau boleh memberi respons kepada tuduhan yang serius itu.

“Najib sepatutnya failkan saman di Amerika Syarikat terhadap penerbitan itu bagi membersihkan namanya. Tetapi, terlebih dahulu, beliau mesti jelaskan isu itu. Jika tidak, beliau terpaksa letak jawatan.

“Ini satu tuduhan yang tidak pernah terjadi seumpamanya dan amat mengejutkan… Sebelum ini, tidak pernah terdapat tuduhan sebegini terhadap seorang perdana menteri,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Juru hari ini.

WSJ dan Sarawak Report hari ini menyatakan artikel yang diterbitkan itu adalah berdasarkan dokumen dari siasatan kerajaan terhadap 1MDB.

Dokumen itu, katanya, merupakan maklumat yang pertama melibatkan Najib secara langsung dengan siasatan mengenai syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menurut WSJ, situasi yang dipercayai penyiasat iaitu pergerakan tunai di kalangan agensi kerajaan, bank dan syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB, sebelum ia berakhir di akaun peribadi Najib.

 

Komen & Pendapat

Leave a Reply