Berita Hari Ini

Hadi minta umat Islam syukur

MARANG – Umat Islam di negara ini sewajarnya bersyukur kerana diberikan peluang untuk mendapatkan kelebihan dan dapat mengerjakan amal baik ketika Ramadan.

Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kita kena bersyukur kerana diberikan peluang menjadi tetamu ALLAH SWT di bulan penuh berkat ini.

“Kita dihidangkan makanan untuk tubuh badan kita, makanan untuk akal fikiran kita dan makanan untuk roh kita supaya kitajadi orang taat kepada ALLAH yang dijanjikan syurga. Kita juga disuruh berlumba-lumba untuk dapatkan kelebihan dengan kerjakan amal baik dan kebajikan.

“Ini sebab kita kena sedar Tuhan beritahu kita bahawa hidup atas dunia hanyalah sementara, kehidupan yang panjang adalah dalam kubur dan hari akhirat,” katanya ketika berucap pada Program Sinar Ramadan anjuran Pemuda Pas Kawasan Marang di sini, petang kelmarin.

Pada program itu, seramai 1,000 golongan asnaf termasuk ahli Pemuda Pas Parlimen Marang menerima bantuan keperluan bernilai RM50,000.

Majlis penyampaian disempurnakan Abdul Hadi. Hadir sama, Yang Dipertua Pas Kawasan Marang, Yahaya Ali serta barisan pemimpin Pemuda Pas Kawasan Marang.

Kata Abdul Hadi, walau macam mana sekalipun panjang umur seseorang itu di atas dunia namun ALLAH hanya menjadikan kehidupan di dunia ini sebagai ujian kepada kita, sama ada orang-orang senang atau orang-orang susah.

“ALLAH jadikan ada orang yang senang, susah, sihat, dan ada orang yang sakit. Semua perkara ini adalah kebaikan yang ALLAH kurniakan kepada kita. Kalau kita susah kita bersabar dapat pahala, jika kita senang kita bersyukur dapat pahala.

“Dengan syarat kita jadi orang-orang yang beriman. Ramadan ialah bulan yang mengajar kita menjadi orang yang bersyukur dan sabar. Semua orang kena bersyukur dan bersabar pada Ramadan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");