Berita Hari Ini

Hanya 30 peratus anggota bomba dibenar cuti raya

SIK – Hanya 30 peratus daripada keseluruhan anggota bomba dan penyelamat dibenarkan mengambil cuti semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri kali ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wira Wan Mohd Noor Ibrahim.

Beliau berkata, tugas dan tanggungjawab Jabatan Bomba dan Penyelamat sepanjang musim perayaan ini akan dipikul oleh 70 peratus anggotanya.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat sentiasa memastikan anggotanya mencukupi untuk berkhidmat pada musim perayaan sambutan Aidilfitri tahun ini di semua lokasi,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada 84 orang anak yatim dan miskin dari Rumah Penyayang Gemilang di sini malam tadi.

Katanya, sepanjang bulan puasa, program turun padang di semua balai bomba dan penyelamat di seluruh negara dilakukan bagi memastikan semangat anggota yang bertugas di musim perayaan ini tidak terjejas.

Beliau juga menasihatkan umat Islam yang akan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri supaya berhati-hati di jalan raya dan memastikan barangan elektrik yang ditinggalkan tidak menjadi punca kebakaran.

Wan Mohd Noor memberi jaminan anggota bomba dan penyelamat adalah mencukupi di semua daerah untuk membantu jika berlaku sebarang kemalangan dan kebakaran di musim perayaan ini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");