Panasnya Hari Ini

Harap Semua Berakhir Secepat Mungkin-Tun M

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terusan mengulangi gesaannya supaya Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya selaku Perdana Menteri.

Memetik sumber daripada Mstar, gesaan tersebut dilontarkan pula cukup ringkas dan sinis ditujukan kepada pemimpin nombor satu negara.

“Saya harap beliau bersara dengan gembira, aman dan menikmati persaraannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-90 anjuran tokoh perniagaan, Tan Sri Vincent Tan di Hotel Berjaya Times Square di sini, Jumaat malam.

Ditanya apakah harapan sempena ulang tahun kelahirannya, bekas Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu berkata:

“Saya harap semua perkara berakhir secepat mungkin.”

Beliau dikatakan mengeluarkan kenyataan sedemikian bagu merujuk kepada pelbagai isu yang timbul termasuklah berkaitan dengan pentadbiran Najib dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mengulas pula mengenai perintah penggantungan dua penerbitan akhbar The Edge, Dr Mahathir berkata: “Sudah tentu The Edge perlu ditapis dan sekarang rakan-rakan saya juga menjadi sasaran.

“Saya tak tahu mengapa.”

Bagaimanapun Dr Mahathir tidak menjelaskan dengan lebih lanjut siapa yang dimaksudkan dengan rakan-rakannya itu.

Terdahulu Kementerian Dalam Negeri menggantung permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan bermula 27 Julai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");