Panasnya Hari Ini

Hentikan Layanan Buruk Terhadap Anwar

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa supaya kezaliman terhadap bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, dihentikan.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu menghentikan layanan buruk yang diberikan kepada Anwar.

Katanya lagi, sebagai ahli politik kanan, Anwar tidak sepatutnya menerima layanan seperti itu.

“Sebagai seorang ahli politik kanan yang telah banyak menyumbang kepada Negara, Anwar tidak patut diberi layanan sebegini.

“PKR menggesa supaya pihak Penjara Sungai Buloh dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi lebih prihatin tentang hal ini. Janganlah terus menzalimi Anwar,” katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Antara layanan buruk yang diberikan kepada bekas ketua pembangkang tersebut termasuklah Anwar tidak dibenarkan berjumpa dengan ahli keluarga serta kenalan dan tidak dibenarkan bersalaman dengan cucunya ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Fahmi turut berkata, Anwar turut menerima layanan buruk ketika hadir di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi kes qazaf terhadap Datuk Seri Jamil Khir Baharom, semalam.

Anwar juga didakwa tidak dibenarkan berjumpa dengan ahli keluarga dan rakan-rakannya yang hadir ke mahkamah sebagai tanda sokongan kepada beliau.

“Namun setelah hampir sejam menunggu tanpa sebarang maklumat dari pihak mahkamah, dan hanya setelah hal ini dibangkitkan dengan pihak keselamatan Penjara Sungai Buloh, barulah ahli-ahli keluarga terdekat dibenarkan bertemu dengan Anwar,” jelasnya.

Beliau yang juga Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, Anwar hadir ke mahkamah dengan memakai pakaian serba putih sebagai tanda bantahan terhadap layanan yang diterimanya di penjara.

“Saya datang ke mahkamah untuk perbincangan kes hari ini dengan baju serba putih penjara sebagai tanda protes dengan layanan pihak penjara,”kata Anwar, melalui Fahmi.

Terdahulu, Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");