Panasnya Hari Ini

Husam Musa Cadang Tubuhkan Tabung Khas Biaya Cetak Maklumat Isu 1MDB

KUALA LUMPUR: Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa mencadangkan agar satu tabung khas diwujudkan bagi membiayai percetakan untuk menyebarkan sebarang maklumat berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya lagi, hal itu bertujuan supaya semua golongan masyarakat dari pelbagai peringkat mendapat maklumat berkaitan skandal 1MDB.

Kata beliau lagi, masih ramai rakyat yang belum terdedah atau kurang mendapat akses internet dan hal ini menyebabkan pengetahuan mereka terhad.

“Usaha mencetak dan mengedar sebanyak mungkin hendaklah dimulakan. Ini memerlukan perbelanjaan yang tidak kecil, tetapi peralatan info adalah kunci untuk kebangkitan rakyat yang menyuruh.

“Saya mencadangkan satu tabung khas cetakan bahan 1MDB ditubuhkan dan sumbangan semua pihak yang prihatin untuk perubahan boleh dilakukan,”katanya, memetik laporan Malaysia Kini.

Husam turut berkata, Gerakan Harapan Baru (GHB) perlu menjadi ‘orang’ pertama jika ia terlaksana.

“Sarawak Report dihalang, kita gantikan dengan Kampung Report untuk seluruh rakyat yang cintakan Negara,”katanya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu lagi, tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat laman portal Sarawak Report disifatkan sebagai satu kesilapan besar dan bakal memakan diri.

Katanya lagi, tindakan itu akan membuatkan rakyat lebih mempercayai laporan Sarawak Report berbanding kerajaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");