Laporan Eksklusif, Panasnya Hari Ini

Ianya Kes Jenayah, Bukan Perkauman – Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan insiden yang berlaku di Plaza Low Yat malam tadi merupakan satu kes jenayah dan bukannya isu perkauman.

“Perkara ini perlu dilihat sebagai jenayah dan bukannya masalah perkauman.

“Kes ini perlu diserahkan kepada polis dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang,”katanya melalui catatan terbaharu di laman Facebooknya, Najib Razak.

Beliau juga telah mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Seri Khalid Abu Bakar untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan tragedi yang berlaku di Plaza Low Yat, semalam berulang sekali lagi.

Menurutnya lagi, kejadian yang berlaku semalam turut diburukkan lagi dengan penyebaran maklumat yang tidak tepat.

“Terdapat juga tindakan tidak bertanggungjawab di media sosial yang menghangatkan isu ini dengan perspektif yang tidak tepat.

“Saya lihat ada gambar-gambar yang tiada kaitan dengan kes ini pun dimuatkan di media sosial,”ujarnya.

Tegas Najib lagi, pengguna media sosial harus memeriksa dahulu fakta-fakta yang ada di media sosial, atau akan memburukkan lagi keadaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");