Panasnya Hari Ini
Like

Ihsan Perdana Nafi Pindah Wang Ke Akaun Najib

July 3, 2015
74 Views
0 Comments
1 minute read
Ihsan Perdana Nafi Pindah Wang Ke Akaun Najib

KUALA LUMPUR: Ihsan Perdana Sdn Bhd hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beberapa laporan media mengenai tindakan syarikat itu yang telah memindahkan wang ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.

Pengarah Urusannya, Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman berkata, tuduhan yang dilemparkan itu merupakan satu penipuan yang tidak berasas.

“Saya ingin tegaskan disini, tiada sebarang pemindahan wang tanggungjawab sosial korporat syarikat ini ke dalam akaun bank milik individu, termasuklah akaun bank peribadi milik Perdana Menteri.

“Tuduhan yang dilemparkan ini adalah tidak berasas kerana Ihsan Perdana Sdn Bhd tidak pernah memindahkan wang ke dalam mana-mana akaun  milik peribadi,”tegasnya.

Katanya lagi, projek-projek tanggungjawab sosial Ihsan Perdana Sdn Bhd telahpun diaudit sepenuhnya dan didapati bersih.

Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan medianya selepas timbul dakwaan mendakwa syarikat itu telah memindahkan wang ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri.

Komen & Pendapat

Leave a Reply