Berita Hari Ini

Ikon, model usahawan hulur bantuan

KOTA BHARU – Kerajaan negeri menyambut baik bantuan dihulurkan oleh ikon dan model usahawan yang turut sama membantu meringankan beban mangsa banjir serta orang miskin untuk meraikan hari lebaran.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi berkata, bantuan yang dihulurkan sesuai pada masanya ketika kedudukan kewangan negara agak meruncing.

“Kerajaan negeri memang menyediakan peruntukan untuk membantu mangsa banjir dan golongan memerlukan, namun dengan bantuan tambahan daripada pihak korporat, ikon dan model usahawan, ia sedikit sebanyak membantu.

“Kita harap lebih ramai yang akan sama-sama menyumbang kepada golongan ini bagi membolehkan mereka membeli-belah kelengkapan hari raya,” katanya kepada pemberita selepas Program Beli-Belah Raya Anak Angkat Datuk Seri Sunny di Mydin Mall, Kubang Kerian, semalam.

Hadir sama, ahli perniagaan, Datuk Seri Sunny Ung, dua anaknya, Andrie Ung Han Xian, 24, dan Andron Ung Han Wenn, 20, serta Pengurus Mydin Mall, R Naidu yang membantu 150 anak angkat membeli-belah.

Sementara itu, Sunny Ung berkata, program beli-belah untuk 272 anak angkatnya diadakan sejak sembilan tahun lalu sebagai usaha meringankan beban mereka.

“Kita hidup dengan cari rezeki daripada pemberian Tuhan tetapi dengan sedikit pemberian, kita boleh cipta satu kehidupan bagi mereka.

“Usaha kami juga dipermudahkan dengan kerjasama Mydin Mall. Badan bukan kerajaan (NGO) atau individu dan ahli korporat yang mampu dialu-alukan melakukan kerja kebajikan kerana masih ramai rakyat Kelantan yang memerlukan bantuan tanpa pengaruh politik,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");