Sukan Hari Ini

Isma Izzudin mantap bersama PDRM

“WALAUPUN nampak kecil, aksi pantas dan lincah merupakan kelebihan peninju ini ketika beraksi.”

Peninju dimaksudkan adalah Isma Pagar Besi dari Kelab Muaythai Pagar Besi Kelantan.

Setelah enam bulan menjalani latihan kepolisan dan ditugaskan di Pulapol Kuala Lumpur, kini dia kembali dengan imej baharu bersama Kelab Tomoi Kuda Merah PDRM dan akan bertarung di Kejohanan DBKL Kuda Merah International Muaythai Challenge di Stadium Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur, 4 dan 5 September depan.

Peninju berjiwa kental ini pernah mewakili negara ke Iran pada tahun 2010 dan meraih banyak gelaran kategori bawah 50 kilogran.

Untuk rekod, Isma juga pernah berguru dengan Tok Wan Hasan Gula Batu, bapa kepada peninju terkenal Mat Ropi Hitam manis yang kini sedang menjalani latihan kepolisan di Pulapol Langkawi.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");