Panasnya Hari Ini

Isu 1MDB: Perlu Tunggu Hasil Siasatan Penuh

KUALA LUMPUR: Semua pihak termasuk anggota Pentadbiran diminta untuk bersabar dan menunggu hasil siasatan penuh terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Melalui kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini menyatakan, pihak tersebut perlu mengelak daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh menjadikan masalah tersebut lebih rumit.

“Siasatan sedang berjalan dan kita perlu memberi ruang kepada pihak yang terbabit untuk menjalankan tugas mereka.

“Oleh itu, semua pihak lebih-lebih lagi anggota Pentadbiran termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah menunggu hasil siasatan tersebut.

“Sewajarnya kita mengelak membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kepimpinan negara serta Kerajaan dan UMNO,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan telah pun mengambil tindakan sewajarnya dalam menyelesaikan kebimbangan dan tuduhan pelbagai pihak berkaitan dengan isu tersebut.

“Ini termasuklah arahan Kabinet untuk siasatan dibuat olej Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Selain itu, satu dokumen ‘Fact Sheet’ mengenai 1MDB telahpun diedarkan kepada semua Menteri-Menteri Kabinet,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Kerajaan juga telah menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat berhubung dakwaan oleh sebuah media asing yang mengatakan bahawa dana 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia termasuklah mengenai pendedahan bekas Eksekutif Kanan PetroSaudi International Ltd. Xavier Andre Justo yang telah menjual dokumen yang dicuri oleh beliau kepada pihak tertentu yang dipercayai berkomplot untuk menggulingkan kepimpinan negara dan juga Kerajaan.

“Inshallah, jika kita tenang dan terus bersatu padu, kita akan dapat menangani cabaran ini dan mempertahankan sokongan rakyat kepada Kerajaan dan parti.

“Sokongan rakyat terhadap Kerajaan dan parti akan terhakis jika kita berbalah sesama sendiri,”.

Kerajaan juga berharap agar semua pihak bersabar menunggu keputusan siasatan dan ianya secara tidak langsung akan menentukan kesahihan mengenai pelbagai dakwaan yang telah dilemparkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");