Panasnya Hari Ini

Jangan Anggap DAP Ketua

KUALA LUMPUR :Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menasihati ahli parti berkenaan supaya tidak menjadikan DAP sebagai “wali” atau ketua.

Memetik sumber daripada Bernama, hanya anggota parti yang sedar mengenai perjuangan Islam bersama fadilatnya mampu membezakan antara kawan dan wali.

“(Mereka) boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya, tetapi tidak boleh berwalikan DAP kerana tidak beriman dan budiman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Mereka yang tidak ada kefahaman dan kemanisan (perjuangan Islam) tersebut, sanggup hidup dan mati bersama kalangan DAP dan yang sewaktu dengannya, kerana tidak membezakan di antara kawan dan wali,” katanya dalam kenyataan media bertajuk “Kepada sesiapa yang berkenaan Pas sahaja.”

Katanya mengulas tindakan sekumpulan pemimpin Pas yang diketuai oleh bekas Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu yang telah menubuhkan parti serpihan, Gerakan Harapan Baharu bagi menggantikan Pas dalam gabungan parti pembangkang.

Harapan Baru dijadual ditubuhkan pada 14 September depan.

Beliau juga turut memuji ahli Pas yang terus beristiqamah atau taat menjalankan sesuatu urusan biarpun tidak terpilih dalam Muktamar Pas atau tidak tercalon dalam pilihan raya lalu.

“Mereka yang merasakan dirinya sangat bijak tanpa hubungan erat dengan ALLAH pasti tidak selamat dengan rasa bijaknya sahaja, tetapi tidak mampu mengubah dasar, mengalih matlamat kerana ingin mencapai cita-citanya yang segera menggunakan Pas.

“Sesiapa yang terkeliru tidak mengikuti Pas daripada awal dan pula hanya memintas di tengah jalan, hanya meramal untuk menang dunia sahaja,”.

“Sesiapa yang hanya ingin berlakon, ALLAH Maha Mengetahui dia hanya pelakon dan dikeluarkan tanpa diduga dan disangka, bersama pelakon tambahannya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");