Panasnya Hari Ini

Jangan Cuba Sembunyi Kesilapan Lalu

KUALA LUMPUR: Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh seseorang individu serta menjadikan kesalahan seseorang pada masa lalu sebagai alasan untuk menutup kelemahan masa sekarang bukannya cerminan terbaik buat semua.

Menurut sumber yang enggan dikenali, di dalam mesejnya kepada ‘Lokman’, kepincangan idelogi seorang bekas pemimpin pembangkang dahulunya itu telah menimbulkan banyak persoalan.

“ ‘Lokman’ Adakah kesetiaan dan perjuangan ‘Lokman’ yang merupakan bekas pemimpin PKR itu terhadap parti UMNO kini boleh dijadikan contoh dan ikutan.

Menurut sumber, senario sekarang turut mempersoalkan kredibiliti ‘Lokman’ untuk dijadikan sumber rujukan ahli UMNO.

“Orang yang pernah pijak dan bakar bendera Umno. ..bekas orang kesayangan Anwar. Pernah masuk ISA kerana ingin tumbangkan kerajaan melalui revolusi,” katanya.

‘Lokman’ dahulunya juga pernah silap percaturan memilih ketua Umum Pembangkang, Anwar Ibrahim dan kini melakukan kesilapan berulang kali.

Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan mungkin menjadi pendorong Parti UMNO untuk turut melakukan kesilapan sejak kebelakangan ini kerana antara lain menerima nasihat daripada individu yang kerap melakukan kesilapan.

“Matlamat tidak menghalalkan cara dia akan buat apa saja demi keuntungan diri. ..Orang yang pernah memijak bendera UMNO,” .

“Jangan jadikan kesalahan seseorang pada masa dahulu mengaburi ‘kelemahan’ masa sekarang…dan jangan sebab kita ada kepentingan, kesalahan pemimpin kita halalkan,” katanya.

Sumber turut menasihati ‘Lokman’…jika Tun Dr Mahathir Mohamad lakukan kesalahan semasa tempoh 22 tahun memerintah mengapa pemimpin selepasnya tidak memperbaiki kesilapan itu.

“Namun pemimpin kini melakukan kerosakkan yang lebih dahsyat lagi,” katanya.

Sebagai contoh Pengeluar Tenaga Bebas, atau Independent Power Plant (IPP) diketika zaman Tun Mahathir, memberi peluang kontrak dan peluang kepada Tanjung PLC, YTL Power Generation dan Venting Sanyen bagi membina stesen janakuasa dan konsesi 30 tahun.

Namun berbeza senario pentadbiran kini, tidak mahu memansuhkan perjanjian atau mengkaji semua perjanjian tersebut.

“Malah ada yang ambil kesempatan membeli stesen janakuasa dengan harga yang tinggi walaupun boleh mendapat secara percuma bila tempoh konsesi itu tamat.

Adakah ini langkah tusukan pembangkang ibarat gunting dalam lipatan berperanan menjatuhkan kepimpinan kerajaan kini?

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");