Sukan Hari Ini

Jawatankuasa Khas bakal ‘selamatkan’ skuad negara

KUALA LUMPUR – Sedar imej bola sepak negara semakin tercalar ekoran kejatuhan ranking dunia skuad kebangsaan, selain keputusan buruk Harimau Malaysia dalam dua aksi kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019, Persa­tuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas untuk memastikan Malaysia kembali di landasan yang betul.

Jawatankuasa tersebut, yang akan ditubuhkan selepas Hari Raya Aidilfitri bakal dipengerusikan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Mokhtar Ahmad dan dianggotai beberapa pegawai FAM, selain pihak luar dari badan bola sepak negara itu.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, tugas utama jawatankuasa tersebut adalah mencari strategi dan kaedah terbaik untuk memperbetulkan hala tuju bola sepak negara, termasuk menilai kedudukan jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh.

“Kita amat prihatin dan terbuka dengan setiap cadangan serta pandangan yang dikemukakan oleh peminat-peminat bola sepak seluruh negara.
“Jawatankuasa Khas akan dipe­ngerusikan oleh Mokhtar, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal F

“Siapa yang bakal menganggotai jawatankuasa ini, itu kita akan kenal pasti kemudian,” kata Afandi dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM kali kelima bagi penggal 2014-2018 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Sementara itu, Mokhtar yang mengakui tugas yang bakal dipikulnya bukan mudah berkata, beliau akan berbincang dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin untuk membawa ma­suk pengurus pasukan kebangsaan ke dalam Jawatankuasa Khas tersebut.

“Kita kena pilih orang-orang tertentu kerana ini merupakan satu keputusan yang melibatkan Exco yang akan kita syorkan kepada Presiden FAM (Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Afandi turut mengesahkan tiada lagi perlawanan Liga Malaysia akan dilangsung dalam bulan Ramadan selepas ini.

Katanya, keputusan untuk mengadakan beberapa perlawanan Liga Super dan Liga Perdana dalam puasa tahun ini mungkin yang pertama dan terakhir.

– http://www.utusan.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");