Jenayah

Jurujual cedera bergelut dengan penjenayah

SUNGAI PETANI – Seorang petugas kedai serbaneka berdepan detik cemas apabila bergelut dengan dua penjenayah dalam kejadian samun di Taman Nilam Sari semalam

Ketika kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa berusia 46 tahun pada mulanya terkejut didatangi dua lelaki bersenjatakan pedang samurai dan cuba menghalang tindakan mereka cuba menyamun kedai.

Tindakannya bagaimanapun menyebabkan dia mengalami kecederaan di ibu jari dan tapak tangan sebelah kiri akibat pergelutan berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan pantas saksi yang kebetulan berada di tempat kejadian dengan memaklumkan perkara berkenaan kepada orang ramai dan menghubungi polis bagi menyelamatkan pekerja tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pada jam 4.45 pagi menerima panggilan mengenai sebuah kedai serbaneka disamun tiga lelaki bersenjatakan pedang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja sebagai jurujual didatangi dua suspek di mana seorang memegang pedang samurai cuba melakukan samun.

“Pergelutan menyebabkan mangsa cedera di ibu jari dan tapak tangan kiri. Kita juga mendapat maklumat mangsa mendapat bantuan orang awam dan berjaya memberkas seorang suspek.

“Manakala seorang lagi suspek melarikan diri menaiki sebuah kenderaan yang dipandu rakan mereka,” katanya.

Beliau berkata, mangsa tidak mengalami kerugian kerana suspek tidak sempat melakukan samun.

“Suspek yang diberkas berusia 30-an dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani kerana mengalami kecederaan ketika bergelut dengan orang awam yang datang membantu mangsa.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini (semalam) sehingga 18 Julai ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan akibat samun mendatangkan kecederaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");