Panasnya Hari Ini

Kabinet Dan BN Perlu Rombakan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Samad yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) menyifatkan bukan hanya kabinet sahaja yang perlu dirombak tetapi juga Barisan Nasional (BN) turut memerlukan proses yang sama.

Tindakan itu katanya perlu sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“Saya setuju kabinet dirombak dan proses rombakan ini perlu sedikit penyesuaian dari segi pembahagian portfolio.

“Selain daripada menteri di kabinet, perlu juga rombakan di peringkat parti yang menerajui kerajaan dari segi urus tadbir dan program-programnya.

Memetik sumber daripada laman Therakyatpost, Langkah ini perlu sebagai persiapan BN untuk menghadapi PRU yang hanya berbaki tidak sampai tiga tahun maka parti mahu segala slogan dan manifesto BN hendaklah dilaksanakan dengan baik sebelum menjelang PRU akan datang.

“Ini kerana, mungkin ada di kalangan ahli-ahli kabinet terbabit mengalami sedikit kemerosoton prestasi yang mana ahli kabinet ini perlu ditukarkan ke portfolio yang bersesuaian.

“Kalau ini semua dapat dilakukan, saya yakin BN tidak mempunyai sebarang masalah untuk menghadapi PRU akan datang,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berkenaan ruangan Awang Selamat di dalam Mingguan Malaysia semalam berkenaan rombakan kabinet selepas Aidilfitri ini.

Beliau juga antara nama yang disebut-sebut akan menganggotai kabinet dengan jawatan sebagai menteri kanan.

Bagaimanapun Shahrir menjelaskan beliau enggan menerima jawatan tersebut dan lebih selesa berkhidmat sebagai wakil rakyat bagi rakyat di Parlimen Johor Baharu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");