Panasnya Hari Ini
Like

Kejatuhan Ringgit Punca Harga Minyak Naik

July 1, 2015
57 Views
0 Comments
1 minute read
Kejatuhan Ringgit Punca Harga Minyak Naik

KUALA LUMPUR: “Rakyat tidak akan dapat menikmati harga minyak yang murah hasil dari paras harga minyak mentah yang rendah di pasaran dunia kerana nilai matawang ringgit yang rendah,”tegas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dalam satu kenyataannya, hari ini.

Rafizi berkata, nilai matawang Negara yang rendah mengakibatkan rakyat di Negara ini tidak dapat menikmati harga bahan api yang rendah dan ianya ternyata membebankan mereka.

“Walaupun bukan faktor yang paling dominan, kejatuhan nilai matawang ringgit menyebabkan rakyat Malaysia menjadi mangsa menanggung harga petrol dan diesel pada harga yang lebih tinggi,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Rafizi turut menggesa supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menangani masalah yang berlaku dengan kadar segera.

Di dalam kenyataan yang sama, beliau akan tetap meneruskan tindakannya untuk memfailkan Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) bagi mewujudkan Tabung Penstabilan Harga Minyak di Parlimen dalam sesi yang akan datang.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu lagi, RUU itu penting kerana Perdana Menteri enggan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol.

“Sebagai Menteri Kewangan, Najib telah membuat beberapa keputusan percukaian yang menambahkan lagi beban rakyat.

“Kenaikan harga minyak ini berlaku pada kala rakyat sudah pun terbeban dengan kenaikan harga barang, terutamanya akibat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST),”katanya.

Terdahulu, harga petrol bagi bulan Julai ini naik RM0.10 bagi RON 95 menjadikan RM2.15 seliter, manakala kenaikan sebanyak RM0.20 bagi penggunaan RON97 menjadikan RM2.55 seliter.

Harga bagi minyak diesel masih kekal RM2.05 seliter.

Komen & Pendapat

Leave a Reply