Sukan Hari Ini

Kekal momentum di EPL, Eropah

PELEDAK berbisa Chelsea, Diego Costa menegaskan The Blues perlu mengekalkan momentum permainan dan muncul pasukan pencabar utama bagi bersaing di Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah.

Musim lalu, Chelsea berjaya meraih gelaran juara EPL, tetapi sekadar mara hingga Pusingan 16 peringkat Eropah apabila disingkirkan Paris Saint-Germains.

Oleh itu, Costa amat berharap Chelsea mampu tampil lebih baik dalam pertandingan tersebut dan mempamerkan aksi cemerlang di EPL.

“Sasaran kami tak pernah berubah. Chelsea adalah juara bertahan EPL dan musim ini kami harus mencuba untuk mengulangi kejayaan dan berjuang sehingga mara ke final Liga Juara-Juara.

“Itu adalah sasaran minimum bagi penyokong dan diri kami sendiri,” kata Costa.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");