Jenayah

Kelindan maut, lori langgar belakang treler

ALOR GAJAH – Seorang kelindan lori maut dalam kemalangan melibatkan lori dan treler di KM 195.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf berkata, mangsa Mohd Khairol Ehsan Hamdan, 24, yang tersepit di tempat duduknya, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dalam kejadian kira- kira 8 pagi tadi.

Beliau berkata lori yang dinaiki Mohd Khairol dari arah Kuala Lumpur ke Johor dipercayai hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah treler sebelum terbabas ke kanan lebuh raya.

“Lori berkenaan kemudian melanggar pembahagi jalan dan menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduknya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, pemandu lori itu hanya mengalami kecederaan ringan di dagu serta tapak kaki dan dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mayat Mohd Khairol dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");