Sukan Hari Ini

Kena tampil lebih baik

“MESUT Ozil perlu tampil lebih baik untuk Arsenal pada perlawanan musim depan.

Itu kata bekas penjaga gawang The Gunners, Jens Lehmann yang menilai penampilan Ozil masih kurang menonjol dalam aksi membabitkan perlawanan besar untuk pasukannya musim lalu.

Untuk rekod, pemain antarabangsa Jerman itu hanya menyumbat empat gol dan enam assist dalam 22 kemunculan Liga Perdana Inggeris (EPL) berikutan faktor kecederaan yang merencatkannya mempamerkan taring sebenar berbanding musim sebelum ini.

“Semua orang tahu dia boleh jadi seorang pemain yang fantastik. Tapi, tiada gunanya jika gagal dalam perlawanan penting dan hanya wira menentang kelab biasa.

“Anda (Ozil) perlu tahu bagaimana caranya berfikir dan mengadaptasi diri anda. Anda harus mempertingkatkan diri jika mahu bersara dengan menikmati saat manis bersama pasukan,” katanya.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");